Thursday, 2 May 2013

IMPIAN yang masih blum kesampaian

Salam pagi jemaat...for those who are reading my blog..ada ke readers ya?..
ada macam-macam impian yang aku impikan yang masih belum kesampaian mungkin kekangan waktu..kewangan dan anak-anak..

mendengar cerita tentang kawan-kawan yang menunaikan UMRAH dan HAJI..aku juga menyimpan keinginan yang sama..semasa arwah suami masih ada, kami ada plan nak menunaikan umrah pada tahun 2011, nak bawa arwah mak dan bib (panggilan untuk adik mak aku)..tapi Allah lebih sayangkan suamiku, beliau pulang ke Rahmatullah pada 14 Januari 2011..dan bermulalah episode sendiri aku..segala impian yang aku dan suamiku rancang terpaksa diubah.. redha aku dengan ketentuanNya



aku dah umpama sotong banyak tangan yang terpaksa handle banyak perkara...dari anak-anak, bisness, keje, rumah dsb..orang yang melihat hanya boleh berkata..tabahnya you ni..tapi tak tahu yang menanggung ni..dah le aku sorang kat Ipoh ni..mak kat penang..adik beradik semua jauh..harap kengkawan la yang banyak membantu aku..Alhamdulillah..anak-anak...pada aku diorang lebih matang dari usia mereka..aku lah ibu aku lah ayah...kengkadang kesian ngan anak2...disebabkan aku penat giler setiap hari..pada usia yang semuda ni dah kena buat banyak hal dalam membantu aku dalam hal rumahtangga..

aku juga menyimpan impian nak melanjutkan pelajaran..pada sesetengah orang nape nk further study..tumpu pada anak2..but for me self satisfaction..i wanna go for master..actually aku amat jealous dengan kengkawan yang dah sampai ke peringkat PHD..masa lepas abih degree nak sambung..aku nyatakan hasrat hati kat mak..arwah mak kata..x payah le ina..nak buat pe..aku dah xde duit nak tanggung hang belajar lagi...akur dengan keputusan mak..bila dah kahwin...lambat le nak sambung studynya..then bila ekonomi dah kukuh nak further...ermmmm...dah pegang tittle ibu tunggal jadi tumpuan aku hanya pada anak2 je la..


No comments:

Post a Comment