Tuesday 30 April 2013

demam PILIHANRAYA

peluang mengikuti dan melihat sendiri persiapan pilihanraya...dr manjung hingga ke chikus macam2 cara untuk menagih undi...ada gaks yg x peduli bila kitaorang datang..
satu pengalaman yang amat besar bagi aku..aku x pro any parties as for me I don't like politics..but..pilihanraya hanya sekali dalam masa lima tahun..dan pilihanraya di Malaysia di antara yang termeriah di dunia...jd peluang macam ini tidak mungkin dipersia-siakan. Di bawah barisan NGO Negeri Perak..kami mula bergerak ke bilik-bilik gerakan, ada yang menyambut kami dengan tangan yang terbuka..dan ada gak yang buat tak tahu..
"Iye la cik kak oii...klau ye pun mike penat buat ghoje..apa la salahnya menyerongin je sikit kat kami..ini idak masam mencuka je.."
buat petugas yang menjaga bilik gerakan..SENYUMAN itu amat penting..biar la rupa kita huduh pun klau senyuman kita ikhlas pasti orang yang melihatnya akan merasa tenang.
aku salute abih satu bilik gerakan ni...SATU MALAYSIA...ada cina, india dan melayu..di dalamnya pun ada pelbagai kemudahan disediakan untuk petugas..dari makanan hinggakan kepada kelengkapan computer untuk update kerja..di samping itu di dinding juga terdapat peratusan pengundi, countdown etc..best sambutan masa di bilik gerakan ni...kata petugas "sini kami banyak senang..semua pun ada..makan dari pagi sampai malam"
pendekatan dalam mendekati pengundi juga berbeza-beza mengikut tempat..ada yang turun ke pasar, dari rumah ke rumah..ada gak yang buat pertandingan karok..huhuhu
sekarang pengundi sudah mampu menilai WAKIL kepada RAKYAT yang akan dipilih..jgn lah hanya menjadi sekadar wakil tetapi bukan kepada rakyat..kepada kaum kerabat sendiri..besar tanggungjawab bila bergelar WAKIL RAKYAT ni..hatta bini nak bersalin pun yang ditaliponnya wakil rakyat...
aku akan mengundi di DUN SG RAPAT dan PARLIMEN GOPENG...DUN Sg Rapat merupakan antara DUN panas di PERAK..yang akan bertanding adalah YB Dato' Hamidah Osman dan Ustaz Radzi Zainon..dua orang calon yang berwibawa..dan juga akan ditentang calon BEBAS encik Mior Azman Aminuddin..
Biar siapa pun yang kita pilih biar la orang itu benar-benar mewakili rakyat..

YB DATO' HAMIDAH OSMAN

USTAZ RADZI ZAINON

ENCIK MIOR AZMAN AMINUDDIN

Sumber gambar dari goggle dan AJIJOI.blogspot.com

No comments:

Post a Comment